NAPOLI:RATUSAN penunjuk perasaan bertempur dengan pihak berkuasa sehingga memaksa gas pemedih mata dilepaskan di bandar Napoli, Itali, pada Jumaat malam.

Mereka yang berhimpun sebagai tanda protes terhadap pelaksanaan perintah berkurung pada waktu malam, mula bertindak ganas dengan membaling batu dan bom asap.

Ia selepas gabenor negeri mengumumkan perintah berkurung pada waktu malam bermula 11 malam hingga 5 pagi sebagai usaha mengekang penularan COVID-19.

Langkah drastik tersebut terpaksa dilakukan susulan jumlah kematian di negara itu meningkat sehingga 37,000 sejak bermulanya penularan pandemik itu di Itali.

Malah, kadar pengangguran di negara itu juga dilaporkan meningkat dua kali ganda di bahagian selatan berbanding bahagian utara Itali.