COVID-19: Penumpang MyBas Klia2-Nilai Sentral pada 30 September dicari

Bernama
Oktober 8, 2020 06:51 MYT
Bas yang bernombor pendaftaran NDH 2259 didapati bertolak daripada platform B10 Klia2 pada jam 9 malam. -JKNNS
SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) meminta penumpang yang menaiki MyBas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (Klia2) menuju ke Nilai Sentral pada 30 September lepas, segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban.
Dalam hebahan menerusi akaun rasmi Facebook JKNNS hari ini, bas yang bernombor pendaftaran NDH 2259 didapati bertolak daripada platform B10 Klia2 pada jam 9 malam dan tiba di Nilai Sentral satu jam kemudian.
Penumpang bas berkenaan diminta untuk menghubungi Bilik Gerakan COVID-19, PKD Seremban di talian 06-7634809 yang beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 4.30 petang, manakala Sabtu dan Ahad pada 8 pagi hingga 1 tengah hari.
-- BERNAMA
#COVID-19 #pemandu bas #bas #JKNNS #penumpang #Mybas #KLIA2 #nilai sentral