BANGKOK: Ribuan penunjuk perasaan antikerajaan kembali memenuhi jalan-jalan utama di bandar raya Bangkok, meskipun Thailand kini bergelut dengan peningkatan kes COVID-19 dan sekatan pergerakan separa sedang dikuatkuasakan.
Perhimpunan pada Khamis menandakan ulang tahun ke-89 revolusi 1932 ketika Thailand mengisytiharkan berakhirnya monarki mutlak dan menyaksikan kelahiran sistem raja berperlembagaan.
Beberapa perhimpunan diadakan termasuk di Monumen Demokrasi di Ratchadamnoen Avenue pada sebelah pagi dan penunjuk perasaan kemudian berarak ke Bangunan Parlimen.
Mereka turut berkumpul di Skywalk Pathumwan di Bangkok pada sebelah petang.
Sementara itu, Timbalan Jurucakap Polis, Krisana Pattanacharoen berkata perhimpunan berskala besar adalah dilarang sama sekali di Bangkok susulan sekatan pergerakan yang melarang perhimpunan melebihi 50 orang.
"Meskipun ramai yang telah divaksin, perhimpunan masih tidak dibenarkan.
"Tuntutan yang dibuat mestilah mengikut undang-undang, sebagaimana yang dilaksanakan sama rata terhadap semua orang," katanya seperti dipetik oleh Thai PBS.
Pemimpin tunjuk perasaan Panusaya Sithijirawattanakul dan Parit Chiwarak yang didakwa atas lese-majeste dan dibenarkan diikat jamin bulan lalu turut dilihat berada di luar Bangunan Parlimen.
Kedua-duanya dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti yang mencemarkan nama baik monarki yang antara syarat ikat jamin mereka.
Penunjuk perasaan memperlahankan rentak sejak beberapa bulan kebelakangan ini berikutan gelombang baharu jangkitan COVID-19 sejak awal April.
Sejak pertengahan Julai tahun lalu, penunjuk perasaan di Bangkok mengulangi tuntutan mereka supaya perdana menteri berundur, pembubaran Parlimen dan pindaan Perlembagaan dan pembaharuan monarki.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021
Beberapa perhimpunan diadakan termasuk di Monumen Demokrasi di Ratchadamnoen Avenue. -Reuters
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Reka bentuk PADU terbaik, selamat dan berkesan, bukan guna kaedah lapuk - DOSM
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menegaskan bahawa reka bentuk dan pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah yang terbaik, selamat serta berkesan.
It’s About YOUth: Fostering inclusion for autism
Millions worldwide live with Autism Spectrum Disorder, but misunderstanding and stigma persist. Autism Behavioural Centre’s Charlene Marie Samuel and Consultant Psychologist Katyana Azman discuss overcoming these challenges to promote greater inclusion.
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.
Isu Selatan Thai: Bangkok lantik tokoh bukan tentera sebagai ketua perunding
Isu Selatan Thai: Bangkok lantik tokoh bukan tentera sebagai ketua perunding