COVID-19: Perincian sembilan kluster baharu hari ini

Madiha Abdullah
Januari 2, 2021 19:24 MYT
Sebanayak sembilan kluster baharu dikenal pasti hari ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Sembilan kluster baharu dikenal pasti hari ini membabitkan Johor, Selangor, Sabah, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Sarawak.
Berikut adalah perincian kluster-kluster terbabit:
Kluster Harum
- Melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor.
- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Januari 2021.
- Sejumlah 435 individu telah disaring, di mana 206 kes telah dikesan positif.
Kluster Tapak Bina Casuarina
- Melibatkan daerah Sepang dan Petaling di negeri Selangor.
- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Disember 2020.
- Sejumlah 289 individu telah disaring, di mana 53 kes telah dikesan positif.
Kluster Batu Lapan
- Melibatkan daerah Tambunan, Ranau dan Kota Belud di Sabah.
- Kes indeks bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Disember 2020 melalui saringan kontak rapat.
-Sejumlah 341 individu telah disaring, di mana 52 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kluster Jalan BBN
- Melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan.
- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Disember 2020.
-Sejumlah 63 individu telah disaring, di mana 27 kes telah dikesan positif.
Kluster Dewani
-Melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.
- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Januari 2021
- Sejumlah 147 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif.
Kluster Renggam
- Melibatkan daerah Petaling, Sepang dan Klang di negeri Selangor.
- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Disember 2020.
- Sejumlah 1,000 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif.
Kluster Belukar
- Melibatkan daerah Machang di negeri Kelantan.
- Kes indeks bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Disember 2020 melalui saringan individu dari kawasan berisiko tinggi.
- Sejumlah 194 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif.
Kluster Kolam Permai
- Melibatkan daerah Kuala Terengganu dan Kemaman di Terengganu serta daerah Petaling di Selangor.
- Kes indeks bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020.
- Sejumlah 93 individu telah disaring, di mana sembilan kes telah dikesan positif.
Kluster Mador
- Melibatkan daerah Meradong dan Sibu di Sarawak.
- Kes indeks bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020.
- Sejumlah 322 individu telah disaring, di mana lapan kes telah dikesan positif.
BACA: COVID-19: 2,295 kes positif baharu, lebih 22,000 kes aktif
#COVID-19 #kes positif #kes baharu #Kluster baharu #Johor #Selangor #Sabah #Negeri Sembilan #Kelantan #terengganu #Sarawak