Amerika Syarikat menguatkuasakan langkah-langkah pencegahan baharu yang lebih ketat bagi mengelakkan penularan COVID-19 selepas cuti panjang Hari Kesyukuran.

Pihak berkuasa Los Angeles mengenakan perintah duduk di rumah kepada 10 juta penduduknya.

Sementara Santa Clara County menutup sekolah menengah, kolej serta melarang sebarang aktiviti sukan.

Selain itu, ia juga menetapkan tempoh kuarantin selama dua minggu kepada pihak yang menempuh perjalanan melebihi 240 kilometer ke luar daerah.

Langkah itu memberi tekanan kepada penduduk setempat yang baru pulang bercuti dan berkata mereka tidak maklum mengenai perkara berkenaan.

Amerika Syarikat sehingga kini mencatatkan kes positif tertinggi dunia dengan 13.6 juta kes dan 268,000 kematian.