COVID-19: Pesawat bawa 1 juta dos Pfizer-BioNTech sumbangan AS selamat mendarat

Umavathi Ramayah
Julai 5, 2021 00:15 MYT
Pesawat Raya Airways TH384 yang membawa 1 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech sumbangan kerajaan Amerika Syarikat (AS) selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, pada jam 8.12 pagi.
SUBANG JAYA: Pesawat Raya Airways TH384 yang membawa 1 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech sumbangan kerajaan Amerika Syarikat (AS) selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, pada jam 8.12 pagi.
Menyaksikan ketibaan bekalan vaksin itu, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dan Duta AS ke Malaysia Brian McFeeters.
Jumlah 1 juta dos vaksin tersebut merupakan daripada kumpulan awal 80 juta vaksin buatan Amerika Syarikat yang dijanjikan oleh pentadbiran Joe Biden bulan lalu untuk perkongsian global.
Khamis lalu, Malaysia menerima lagi sejuta dos vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca sumbangan dari kerajaan Jepun bagi meningkatkan keupayaan proses vaksinasi di bawah PICK.
#Pfizer-BioNTech #bekalan vaksin #sumbangan AS #Khairy Jamaluddin #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #COVID-19 #vaksin #PICK #Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah