KETIKA dunia berdepan dengan krisis pandemik COVID-19, rata-rata warga dunia menuntut lebih banyak penekanan dalam liputan media agar berita dilaporkan secara tepat dan berdasarkan fakta sains.
Menyahut seruan tersebut, Pusat Informasi Bioteknologi Malaysia (MABIC) dan surat khabar sains miliknya, The Petri Dish melancarkan platform maya iaitu Pusat Sains Media (SMC) Malaysia di www.sciencemediacentremalaysia.com .
SMC Malaysia dapat menyalurkan maklumat berdasarkan bukti dan fakta sains bagi menyokong liputan media berkenaan isu-isu sains yang kompleks.
Pengasas Bersama SMC Malaysia, Tan Su Lin berkata, pihaknya memahami cabaran yang diharungi pengamal media dalam mendapatkan maklumat secara pantas dan tepat berhubung isu sains dan reaksi daripada pakar sains.
“Ketika ini terdapat banyak maklumat tidak tepat mengenai COVID-19 terutamanya dalam media sosial. Kami ingin membantu menyebarkan maklumat yang tepat tentang risiko jangkitan virus itu dengan menangani maklumat yang tidak sah dengan fakta sains dan ini dilakukan menerusi liputan media.
“Kami juga tahu wartawan sentiasa sibuk dengan tugasan dan ‘deadline’ mereka. Oleh itu, pusat informasi kami akan menyediakan kenyataan dan reaksi dari pakar sains termasuk berhubung COVID-19 yang boleh dipetik dan dimasukkan dalam laporan mereka,” kata Su Lin dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Pengasas Bersama SMC Malaysia, Dr Mahaletchumy Arujanan pula berkata, platform itu turut mengumpul reaksi pakar-pakar sains berhubung COVID-19 dan ia termasuk aspek virologi, genome, vaksin dan rawatan untuk rujukan wartawan.
“Selepas pandemik ini, SMC Malaysia berharap untuk menjadi penghubung antara komuniti saintis dan wartawan bagi memastikan ilmu sains dapat sampai kepada orang awam tanpa dicemari maklumat tidak tepat,” kata Dr. Mahaletchumy.
Menghubungkan wartawan dengan saintis untuk ditemu uamah
Platform maya itu juga menghubungkan wartawan dengan saintis untuk ditemu ramah daripada pelbagai aspek penyelidikan menerusi pangkalan data saintis.
Menurut Dr Mahaletchumy, SMC Malaysia turut menyediakan kursus latihan untuk media dan saintis, selain mewujudkan jaringan saintis-wartawan yang berterusan serta meuar-uarkan penemuan sains terbaharu tanah air.
“Saya berharap usaha ini akan mendapat sokongan daripada komuniti sains termasuk saintis, institusi-institusi pengajian tinggi, pusat-pusat penyelidikan dan agensi-agensi kerajaan dalam meningkatkan komunikasi sains dan literasi sains di negara ini.
“SMC Malaysia mengalu-alukan komuniti sains menggunakan platform ini untuk berkongsi kepakaran masing-masing dalam isu berkaitan sains. Pusat maya ini akan menjadi pengantara bagi menghubungkan saintis dan pengamal media.
“Jaringan wartawan-saintis SMC ini juga berharap dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti laporan media mengenai topik sains dan sekaligus menghubungkan orang awam dengan pengetahuan sains,” katanya.
SMC Malaysia merupakan salah satu jaringan antarabangsa Pusat Sains Media (SMC) yang ditubuhkan di seluruh dunia termasuk UK, New Zealand, Australia, Jerman dan Kanada.
SMC beroperasi sebagai pertubuhan bukan untung yang bekerjasama dengan pengamal media serta institusi sains di negara masing-masing, dengan tujuan untuk meningkatkan liputan sains dalam berita-berita utama.
Isabelle Leong
Wed Apr 01 2020
SMC Malaysia merupakan salah satu jaringan antarabangsa Pusat Sains Media (SMC) yang ditubuhkan di seluruh dunia termasuk UK, New Zealand, Australia, Jerman dan Kanada. - laman web SMC Malaysia
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
COVID-19: Pusat Media Sains Malaysia dilancarkan bagi menyokong media
Pusat Sains Media Malaysia dapat menyalurkan maklumat berdasarkan bukti dan fakta sains bagi menyokong liputan media berkenaan isu-isu sains yang kompleks.