KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan R-naught COVID-19 di Malaysia menunjukkan penurunan 0.02.

Angka itu turun ke 1.07 pada Selasa berbanding 1.09 pada hari sebelumnya.

Kesemua negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0 kecuali Perlis.

Labuan mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.55.

Ini diikuti Sabah, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Putrajaya, Perak dan Kuala Lumpur.

Seterusnya Pahang, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Sarawak dan Johor.

Perlis satu-satunya negeri yang mencatatkan sifat kes positif.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.