KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan trend peningkatan untuk empat hari berturut-turut.

Pada Ahad ia direkodkan pada 0.97, berbanding 0.96 pada hari sebelumnya.

Enam negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Negeri Sembilan catat kadar R-naught tertinggi melebihi dengan 1.05.

Ini diikuti Johor, Sarawak, Labuan, Sabah, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Perak.

Seterusnya, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perlis, Pahang, Putrajaya dan Terengganu.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.