COVID-19: R-naught negara naik ke 1.16, Terengganu tertinggi

Astro Awani
Julai 28, 2021 22:09 MYT
Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi atau sama purata kebangsaan.
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia kembali catat peningkatan.
Pada Rabu, negara catatkan kadar 1.16, berbanding 1.14 pada hari sebelumnya.
Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi atau sama purata kebangsaan.
Terengganu catat kadar tertinggi dengan 1.33, diikuti Kelantan, Sabah, Pulau Pinang, Kedah, Johor, Perak, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Seterusnya, Selangor, Pahang, Melaka, Sarawak, Negeri Sembilan, Labuan dan Perlis.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
#COVID-19 #R-Naught #kadar kebolehjangkitan #terengganu