COVID-19: R-naught negara turun 0.93, Negeri Sembilan tertinggi dengan 1.03 - Dr Noor Hisham

Bernama
Jun 16, 2021 20:30 MYT
Negeri Sembilan mencatatkan Rt tertinggi iaitu pada 1.03. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara menurun kepada 0.93 setakat Rabu berbanding 0.94 Selasa, dengan Negeri Sembilan mencatatkan Rt tertinggi iaitu pada 1.03.
Menerusi data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Facebook beliau malam tadi, Labuan dan Sabah merekodkan Rt kedua tertinggi masing-masing pada 1.02 diikuti Sarawak (1.00).
Kelantan pula merekodkan Rt terendah iaitu 0.75.
Sumber Facebook DGHisham
Antara negeri lain yang mencatatkan bacaan di bawah satu ialah Kuala Lumpur (0.97), Johor dan Selangor (0.95), Putrajaya (0.91) Melaka (0.90), Kedah (0.87), Perak (0.84), Perlis (0.83), Pulau Pinang (0.82), Pahang (0.79) dan Terengganu (0.76).
Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
-- BERNAMA
#Rt #R-Naught #kadar kebolehjangkitan #Noor Hisham Abdullah #kes positif #Ketua Pengarah Kesihatan #Negeri Sembilan