COVID-19: Sabah catat 3,333 kes baharu, 3,318 adalah Kategori 1 dan 2

Astro Awani
Februari 9, 2022 06:33 MYT
Masidi (gambar) berkata, daripada jumlah keseluruhan, 3,318 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Sabah terus merekodkan pertambahan kes positif COVID-19 kepada 3,333 kes pada Rabu, kata Datuk Seri Masidi Manjun.
Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19 berkata, tiga kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan Kluster Institusi Pendidikan direkodkan iaitu SMK Simpangan, Paitan; SMK Bukit Garam 1, Kinabatangan dan Institusi Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Keningau.
Dalam ciapan di Twitter, Masidi berkata, Kota Kinabalu mencatatkan 591 kes diikuti Sandakan 510 kes; Penampang (324 kes); Tuaran (226 kes); Papar (224 kes); Ranau (196 kes) serta Tawau 191 kes.
"Daripada jumlah keseluruhan 1,075 atau 52 peratus adalah kes bergejala.
"Manakala 3,318 kes atau 99.55 peratus adalah dalam Kategori 1 dan 2," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihati rakyat negeri tersebut untuk mengelak dari berkunjung ke lokasi sesak.

9/2: record new cases - 3,333 (+1264). Nearly 52% (1075) are symptomatic cases, sporadic infection. Avoid crowded places. KK 591, Skan 510, Ppang 324, Tuaran 266, Papar 224, Ranau 196,Tawau 191. 3318 (99.55%) cases in Cat. 1 & 2.

— Masidi Manjun (@MasidiM) February 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

9/2: Sabah recorded all time high 3,333 new cases, and 3 new school clusters - SMK Simpangan (Paitan), Beluran, SMK Bukit Garam 1, Kinabatangan & Institut Pengajian Islam & Dakwah Sabah (IPDAS), Keningau.

— Masidi Manjun (@MasidiM) February 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berita lanjut menyusul
#Kes positif Sabah #Masidi Manjun #Kota Kinabalu catat kes tinggi #Kes positif bergejala