COVID-19: Sabah catat peningkatan untuk tiga hari berturut-turut

Astro Awani
Julai 19, 2021 09:15 MYT
Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 244 kes, diikuti dengan Keningau 90 kes, Tawau 60 kes dan Kalabakan 40 kes. -Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Sabah kekal mencatatkan peningkatan kes COVID-19 untuk tiga hari berturut-turut dengan 651 kes baharu direkodkan hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sejumlah 372 kes baharu disumbangkan daripada kluster sedia ada iaitu Kluster Penjara Kepayan (146) dan Penjara Tawau (26 kes) manakala sebelebihnya dari kluster yang lain.
"Kota Kinabalu merekodkan 244 kes, Keningau (90 kes), Tawau (60 kes), Kalabakan (40 kes), Sandakan (39 kes) dan Beaufort (37 kes).
"Sementara itu, Sipitang merekodkan 28 kes, Papar dan Kinabatangan masing-masing 24 kes, Penampang 17 kes serta Ranau 14 kes," katanya menerusi perkongsian di laman Twitternya pada Isnin.
Beliau berkata, daerah Tuaran merekodkan lapan kes, Semporna (7 kes), Kunak (5 kes), Putatan (4 kes) serta Kudat dan Kota Marudu masing-masing tiga kes.
Manakala, daerah yang mencatatkan satu kes sahaja ialah Telupid, Kuala Penyu, Pitas dan Beluran.
"Lahad Datu, Kota Belud, Tenom, Tambunan,Tongod dan Nabawan tidak mencatatkan sebarang kes.
"Terdapat dua kluster baharu direkokan iaitu Kluster Pauh, Kinabatangan Kluster Angsana, Papar," ujarnya.
#kes COVID-19 #Kluster Penjara #pandemik #Kluster Penjara Kepayan #Kluster Penjara Tawau #Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah #Datuk Seri Masidi Manjun