COVID-19: Sabah lapor 3,891 kes positif, 99.74 peratus kategori satu dan dua

Astro Awani
Februari 13, 2022 06:25 MYT
Sandakan melaporkan kes sporadik tertinggi dengan 78 peratus diikuti Kota Kinabalu (68 peratus), Tawau (57.1 peratus), Tuaran (49.2 peratus) dan Penampang dengan 45.7 peratus. FOTO: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sabah hari ini melaporkan pertambahan 3,891 kes positif COVID-19 menyaksikan pengurangan 216 kes daripada yang dilaporkan pada Sabtu.
Menerusi kenyataan Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun,
99.74 peratus daripada keseluruhan kes merupakan kategori satu dan dua.
Selain itu, empat kes masing-masing bagi kategori tiga dan empat manakala dua kes merupakan kategori lima.
‘’Jangkitan sporadik mencatatkan pertambahan tertinggi untuk hari ini dengan 58.52 peratus.
‘’Sandakan melaporkan kes sporadik tertinggi dengan 78 peratus diikuti Kota Kinabalu (68 peratus), Tawau (57.1 peratus), Tuaran (49.2 peratus) dan Penampang dengan 45.7 peratus,’’ katanya.

13/2: Caseloads eased slightly today with 3,891 new cases (-216) but may well be a short reprieve. Sporadic infection (symptomatic) is high 58.52% of total cases, with KK 68%, Skan 78%, Tawau 57.1%, Tuaran 49.2% & Ppang 45.7%. 99.74% of 3891 cases in Cat 1&2, 4 C3, 4 C4, 2 C5.

— Masidi Manjun (@MasidiM) February 13, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #kes harian Sabah #kluster baharu di Sabah #kes sporadik Sabah