KUALA LUMPUR : Sarawak melaporkan pertambahan 140 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri itu sebanyak 14,514 kes.
Miri menyumbang angka tertinggi dengan 52 kes diikuti Sibu (36), Bintulu (27), Samarahan (lima), Kapit, Sarikei dan Julau (tiga kes) manakala Kuching, Mukah, Limbang dan Betong (dua kes).
Selebihnya satu kes dicatatkan masing-masing di Bau, Bukit Mabong dan Meradong.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Selasa, dua kematian baharu turut dilaporkan di Hospital Sibu membabitkan warga emas.
"Kes kematian ke-98 merupakan kes ke-13,143 melibatkan lelaki berumur 71 tahun, warga tempatan yang telah mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sibu kerana mengalami pendarahan gastrointestinal.
"Pesakit telah disaring dengan ujian RT-PCR COVID-19 dan disahkan positif pada 17 Mac 2021. Keadaan kesihatan pesakit didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2021," kata JPBN Sarawak dalam kenyataan pada Selasa.
Tambah kenyataan itu, kes turut mempunyai ko-morbid kanser perut, strok dan artrial fibrilasi.
Dalam pada itu, kes kematian kedua membabitkan mangsa yang tidak mempunyai sebarang ko-morbid.
"Kes kematian ke-99 merupakan kes ke-14,108 melibatkan seorang wanita tempatan berumur 69 tahun yang telah didapati tidak sedarkan diri di rumah ahli keluarganya.
"Pasukan kecemasan yang datang ke rumah kes telah mengesahkan kes telah meninggal dunia di rumah pada 18 Mac 2021 dan mayat kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk siasatan lanjut sebelum disahkan positif pada 20 Mac 2021," jelas kenyataan itu.
Sementara itu, Sarawak turut mengisytiharkan penamatan tiga kluster iaitu Kluster Nanga Lijan di Julau; Kluster Univista di Samarahan dan Kluster Kidurong Dua di Bintulu.
Penamatan tersebut menjadikan jumlah kluster yang masih aktif sehingga kini adalah 31 kluster dengan sembilan daripadanya mencatatkan pertambahan kes.
Selain itu, dua daerah di negeri itu juga telah bertukar status zon iaitu Asajaya dan Subis.
"Asajaya telah kembali ke status hijau setelah tiada kes jangkitan tempatan dikesan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Ini menjadikan jumlah daerah berstatus hijau meningkat kepada 11 daerah.
"Daerah Subis pula telah bertukar status daripada merah kepada status jingga setelah merekodkan sebanyak 29 kes jangkitan tempatan dalam tempoh sama," kata kenyataan itu.
Nickyson Nyambar
Tue Mar 23 2021
JPBN Sarawak telah mengisytiharkan penamatan tiga kluster iaitu Kluster Nanga Lijan, Univista dan Kidurong Dua. - Gambar fail
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Ringgit ditutup pada 4.12, paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan
Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan mengukuh, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Pelancongan global hampiri pemulihan sepenuhnya dengan mencapai 96 peratus tahap sebelum pandemik
Walaupun menghadapi cabaran ekonomi dan geopolitik yang berterusan, sektor pelancongan dijangka pulih sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan cadang kerajaan tingkat penyelidikan antimikrob
Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Dewan Rakyat mencadangkan kerajaan meningkatkan penyelidikan untuk antimikrob termasuk antibiotik dan antiviral generasi seterusnya bagi menghadapi cabaran AMR.
Festival Menyelam Labuan 2.0 bermula hari ini
Festival Menyelam Labuan 2.0 yang menghimpunkan penyelam dari dalam dan luar negara bermula hari ini dan akan berlangsung hingga Ahad depan.
Negara anggota WHO lanjutkan perbincangan perjanjian pandemik setahun lagi
INB akan meneruskan mandatnya untuk menyampaikan perjanjian itu menjelang Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada 2025, atau lebih awal.
97 peratus perniagaan di Malaysia ada wanita dalam pasukan pengurusan kanan - Grant Thornton
Sebanyak 97 peratus perniagaan di Malaysia mempunyai wanita dalam pasukan pengurusan kanannya pada masa ini berbanding 92 peratus pada 2023, sekali gus menunjukkan pertumbuhan yang positif.
Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO
Persediaan adalah soal bila pandemik akan datang tiba dan bukannya soal jika wujud pandemik seterusnya.
Kejohanan Enrich Sports Game tawar hadiah lumayan RM30,000
Hadiah lumayan hampir RM30,000 bakal menjadi rebutan untuk pemenang Kejohanan Enrich Sports Game yang dijadualkan berlangsung pada 10 Disember ini di Bunga Kemboja Fitness Seri Kembangan, Selangor.
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.