COVID-19: Selangor akan bina 4 pusat tahanan sementara PATI

Isabelle Leong
Oktober 2, 2020 13:39 MYT
Empat pusat tahanan sementara berkenaan akan didirikan di beberapa lokasi yang bersesuaian. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan membuka empat pusat tahanan sementara pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam usaha melandaikan lengkungan penularan wabak COVID-19.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata empat pusat tahanan sementara berkenaan akan dibina di beberapa lokasi yang bersesuaian.
“Ia bagi mengurangkan risiko kepada petugas barisan hadapan kesihatan dan keselamatan,” kata Amirudin dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sementara itu, beliau juga berkata kerajaan Selangor menggalakkan masyarakat untuk sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) apabila berada di kawasan yang melibatkan ramai orang.

#INFO PENGUMUMAN KHAS Situasi Terkini COVID-19 di Selangor 1. Waktu beroperasi Bilik Gerakan COVID-19 berpusat di Bilik Gerakan MTES, Bangunan SSAAS akan dilanjutkan sehingga jam 7 malam berbanding dengan hanya pada waktu bekerja sebelum ini. (Bebenang) pic.twitter.com/RJ1Pqbqx7X

— Media Selangor (@Media_Selangor) October 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Sebarang persidangan dan perhimpunan secara beramai-ramai adalah tidak digalakkan dan had maksima pada satu-satu masa adalah seramai 250 orang,” katanya.
#Amirudin Shari #Menteri Besar Selangor #pendatang asing tanpa izin #pati #Pusat Tahanan Sementara