COVID-19: Selangor catat 1,203 kes, ini 5 tumpuan sidang media KKM

Hilmi Malik
November 23, 2020 10:45 MYT
Malaysia merekodkan jumlah kes harian tertinggi akibat COVID-19 iaitu sebanyak 1,884 kes. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan jumlah kes harian tertinggi jangkitan COVID-19 iaitu sebanyak 1,884 kes manakala Selangor mencatatkan penularan tertinggi iaitu sebanyak 1,203 kes.
Berikut merupakan tumpuan utama sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Isnin, 23 November.
1. Kes harian tertinggi pernah direkodkan iaitu sebanyak 1,884 kes baharu.
2. Selangor negeri yang tertinggi mencatatkan penularan kes harian COVID-19 iaitu sebanyak 1,203 kes.
3. Dua kes kematian baharu dicatatkan, di mana kesemuanya di negeri Sabah.
4. 334 kluster masih aktif termasuk pertambahan empat kluster baharu.
5. 115 kes dirawat di ICU, 48 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
BACA: COVID-19: 1,884 kes baharu direkodkan jumlah tertinggi di Malaysia
#COVID-19 #KKM #koronavirus #kes kematian #Ketua Pengarah Kesihatan #Dr Noor Hisham Abdullah #ICU #Kluster baharu