COVID-19: Selangor catat kadar kebolehjangkitan harian tertinggi

Bernama
Februari 6, 2021 03:03 MYT
Anggota JBPM Selangor lengkap berpakaian PPE menjalankan proses penyahkuman semasa Operasi Sanitasi Awam bagi mengekang penularan COVID-19 ketika tinjauan di PPR Lembah Subang, Subang, 4 Feb, 2021. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Selangor mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.13 setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Johor merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.12, diikuti Melaka (1.09), Kuala Lumpur (1.06), Sarawak (1.05), Pahang (1.01) dan Terengganu (1.00).
Negeri-negeri lain mencatatkan bacaan di bawah satu iaitu Perak 0.95, Pulau Pinang (0.92), Negeri Sembilan (0.89), Labuan (0.88), Kedah (0.86), Sabah (0.85), Putrajaya (0.80), Kelantan (0.76) dan Perlis (0.62).
Rt untuk seluruh negara pula ialah 0.99, katanya.
-- BERNAMA
#Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #Twitter #kadar kebolehjangkitan #Selangor #Rt #kesihatan