KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya kadar kebolehjangkitan di kesemua negeri berada di bawah paras 1.00.

Pada Rabu, nilai kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia mencatatkan sedikit penurunan.

Angka itu turun ke 0.86 selepas kekal pada paras 0.87 selama tiga hari berturut-turut.

Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Negeri Sembilan mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 0.99.

Ini diikuti Melaka, Terengganu, Putrajaya, Perlis, Pahang, Kelantan, Kedah dan Sarawak.

Sementara itu, Sabah, Johor, Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan merekodkan lapan kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.