Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) petang ini.



1. Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) menafikan 600 peniaga barangan basah di Pasar Besar Seremban disahkan mempunyai kontak rapat dengan kluster Pasar Borong Selayang dan 18 orang daripada mereka sudah melakukan saringan COVID-19 seperti yang tular dalam Facebook pada 29 April 2020. JKNNS menegaskan hanya mereka yang telah diarah oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Seremban sahaja perlu hadir menjalani ujian saringan COVID-19.



2. Jabatan Kesihatan Negeri Johor menafikan seorang pesakit positif COVID-19 telah melarikan diri dari sebuah hospital di Johor seperti yang tular di media sosial.



-- BERNAMA