COVID-19: Talian khidmat pelanggan, kaunter aduan MCMC digantung sementara

Bernama
Januari 11, 2021 07:15 MYT
Penggantungan itu yang melibatkan talian 1800 188 030 dan kaunter aduan di semua pejabat MCMC dilaksanakan sebagai langkah keselamatan dan waspada susulan penularan COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggantung sementara perkhidmatan talian khidmat pelanggan dan kaunternya bermula hari ini hingga ke suatu tarikh dimaklumkan kelak.
Menurut kenyataannya, penggantungan itu yang melibatkan talian 1800 188 030 dan kaunter aduan di semua pejabat MCMC dilaksanakan sebagai langkah keselamatan dan waspada susulan penularan COVID-19.
Bagaimanapun orang ramai masih boleh menyalurkan aduan melalui https://aduan.skmm.gov.my, e-mel (aduanskmm@mcmc.gov.my) atau WhatsApp (016 - 220 6262) dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat).
"MCMC sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan pihak awam serta pekerjanya. Segala kesulitan amat dikesali," demikian menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#MCMC #COVID-19 #sanitasi #perkhidmatan talian khidmat pelanggan #penggantungan sementara perkhidmatan #keselamatan #kesihatan #Kementerian Kesihatan Malaysia #Muhyiddin Yassin