BANGKOK:Thailand akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar arahan kuarantin dan menyelinap masuk ke negara ini dari Myanmar dengan menyeberangi sempadan dan disahkan positif COVID-19 beberapa hari kemudian.
Gelombang baharu COVID-19 dikhuatiri meningkat setelah empat rakyat Thailand tidak melalui pemeriksaan imigresen dan memasuki negara ini secara haram di wilayah utara Chiang Rai, telah diuji positif COVID-19 setakat ini.
Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berkata pihak berkuasa berkaitan kini meningkatkan usaha untuk menghentikan cubaan menyeberang sempadan secara haram bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Bagaimanapun katanya, ramai yang mengabaikan usaha kerajaan dalam mengawal pandemik itu.
"Mereka masih melakukannya (memasuki Thailand secara haram). Mereka (yang melanggar kuarantin) harus didakwa," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Kabinet mingguan di sini pada Selasa.
Dalam perkembangan terbaharu, seorang wanita Thailand berumur 25 tahun menyelinap masuk ke negara ini 24 Nov lepas dan diuji positif COVID-19 pada Selasa.
Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Thailand Dr Sophon Iamsirithawon berkata wanita dari wilayah Payao itu adalah rakan sekerja kepada tiga kes yang disahkan sebelum ini. Keempat-empat mereka bekerja di premis hiburan di bandar sempadan Tachileik, Myanmar.
Beliau berkata wanita terbabit dan dua lagi rakannya pulang ke Thailand dan menginap di sebuah hotel di Chiang Rai.
"Dia diuji positif COVID-19 manakala dua rakannya negatif," katanya.
BACA: COVID-19: Thailand pertingkat pengesanan kontak selepas tiga pelanggar kuarantin diuji positif
Pegawai kesihatan mengenal pasti 10 individu, termasuk enam berisiko tinggi yang berkemungkinan mempunyai kontak rapat dengan pesakit.
Pada 24 Nov juga, seorang wanita Thailand berumur 29 tahun pulang dari Myanmar ke Mae Sai, Chiang Rai melalui sempadan darat, kemudian menaiki bas awam ke Chiang Mai. Wanita itu juga tidak menjalani kuarantin wajib dan diuji positif beberapa hari kemudian.
Pada Ahad lepas, dua wanita Thailand berumur 23 dan 26 tahun, yang mengelak pemeriksaan imigresen turut diuji positif COVID-19.
Sehingga kini, tiada penularan tempatan dilaporkan berikutan empat kes positif berkenaan.
Thailand merekodkan 4,008 kes COVID-19 dan 60 kematian.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata semua undang-undang termasuk Akta Imigresen dan Akta Penyakit Berjangkit akan dikenakan terhadap mereka yang melanggar arahan kuarantin.
"Orang-orang yang mementingkan diri ini menimbulkan masalah kepada ramai rakyat Thailand... Mereka menyebabkan kemudaratan kepada negara dan tidak layak menerima simpati," katanya dipetik Bangkok Post.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 01 2020
Pihak berkuasa berkaitan di Thailand meningkatkan usaha bagi menghentikan cubaan menyeberang sempadan secara haram bagi mengekang penularan wabak COVID-19. - Gambar fail
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemegang kad UNHCR edar dadah di pasar borong
Kegiatan geng warga Myanmar edar dadah di pasar borong untuk kegunaan rakan senegara mereka berjaya dibongkar polis menerusi serbuan di Taman Sri Kuching, di sini pada Selasa.
Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar
Bangladesh menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan.
Terpengaruh iklan kerja gaji lumayan, pemuda jadi mangsa scammer
Seorang pemuda dari Rawang didera dan dipaksa menjadi 'scammer' atau penipu wang pelaburan kripto suatu sindiket beroperasi di Myawaddy, Myanmar.
Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar
Menteri Luar India dan Bangladesh mengadakan perbincangan berhubung situasi di Myanmar.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Korea Selatan, AS dan beberapa negara kutuk kekejaman tentera Myanmar
Korea Selatan, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain menggesa tentera Myanmar segera menghentikan semua keganasan terhadap orang awam.