Thailand yang membuka semula enam jenis perniagaan dan tempat pada Ahad mencatatkan tiga kes baharu COVID-19 dan kematian sifar dalam tempoh 24 jam.
Jumlah kes baharu kekal pada satu digit selama seminggu.
Setakat ini, Thailand mencatatkan 2,969 kes COVID-19 dan 54 kematian serta 2,739 kes pulih dan didiscaj dari hospital.
Gabenor Yala Chaiyasit Panitpong bagaimanapun berkata 40 kes baharu COVID-19 dikesan di empat daerah di Yala - Bannang Sata, Jaha, Raman dan Mueng Yala (lokasi fasiliti kuarantin ditempatkan) berikutan penemuan kes aktif.
"Daripada 311 individu yang menjalani ujian calitan tekak, seramai 40 individu didapati positif COVID-19. Sejumlah besar pesakit mempunyai sejarah perjalanan dari Malaysia dan Bangkok baru-baru ini," katanya.
Jumlah yang direkodkan pada Ahad tidak termasuk 40 kes baharu di Yala.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata 40 kes positif itu akan menjalani satu lagi ujian makmal hari ini bagi memastikan ketepatan ujian.
"Kami tidak menyembunyikan maklumat tetapi kami ingin mendapatkan keputusan ujian yang tepat," katanya pada taklimat harian COVID-19 hari ini.
Mulai Ahad, enam jenis perniagaan dan tempat di Thailand dibuka semula serta penjualan alkohol juga dibenarkan.
Enam jenis perniagaan dan tempat di seluruh negara akan dibuka semula termasuk pasar, tempat makan di luar pusat beli-belah, perniagaan borong dan runcit, taman dan fasiliti sukan luar (bukan untuk sukan berpasukan), kedai gunting dan salun rambut (terhad kepada memotong, mencuci dan mengering) serta dandanan dan hotel haiwan peliharaan.
Kerajaan akan memantau dan menilai situasi bagi setiap 14 hari dan akan mengenakan semula larangan jika jumlah kes meningkat.
Tinjauan di Bangkok mendapati perniagaan dan beberapa tempat telah beroperasi semula dengan langkah yang ketat bagi mengelak gelombang kedua wabak COVID-19.
Suhu badan akan diambil sebelum pelanggan memasuki restoran dan tempat makan, meja dijarakkan antara 1 hingga 1.5 meter serta penghadang dipasang di kaunter bayaran. Selain itu, pengambilan alkohol tidak dibenarkan di premis.
Untuk kedai gunting rambut dan salun, pelanggan diminta membuat janji temu terlebih dahulu dan pekerja mesti memakai penutup hidung dan mulut. Selain itu, peralatan mesti dibersihkan selepas setiap kali digunakan dan perkhidmatan akan dihentikan sekurang-kurangnya 20 minit untuk pembersihan bagi setiap dua jam.
Selain itu, pengunjung mesti menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke taman.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 03 2020
Tinjauan di Bangkok mendapati perniagaan dan beberapa tempat telah beroperasi semula dengan langkah yang ketat bagi mengelak gelombang kedua wabak COVID-19. Foto: AP
Lelaki bawa kereta di jambatan motosikal ditahan bersama dadah
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata pihaknya menerima maklumat kejadian melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dipandu suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu sekitar jam 8.45 pagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga lelaki disyaki terbabit kes pemerasan, larikan perunding hutang ditahan
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kes pemerasan dan melarikan seorang perunding hutang pada Selasa lepas.
Tumpuan Jumaat - 19 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun
MATRADE sedang merangka pelan pengembangan peluang perniagaannya untuk memperkenalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke pasaran sedang pesat membangun.
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Farhash Wafa tidak lagi jadi pemegang saham utama Heitech Padu
Rosetta Partners menjadi pemegang saham besar dalam HeiTech Padu selepas ia membeli 15.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu pada 12 Mac, 2024.
Lebih 3,800 individu ditahan di Perancis dalam operasi banteras pengedaran dadah
Pihak berkuasa Perancis sebelum ini melancarkan sembilan operasi bagi membanteras pengedaran dadah di seluruh negara itu.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.