COVID-19: Tidak wajib pakai penutup hidung, mulut jika sihat - Annuar Musa

Fauzi Suhaimi
Mac 24, 2020 01:59 MYT
Annuar berkata mereka yang tidak terlibat dengan tugas menjaga pesakit COVID-19 atau sihat tidak wajib dipakai meskipun berada di awam. -BERNAMA
Penggunaan penutup hidung dan mulut hanya diwajibkan kepada petugas paling hadapan (frontliners) dan mereka yang mempunyai simptom jangkitan pernafasan seperti batuk dan selesema.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata mereka yang tidak terlibat dengan tugas menjaga pesakit COVID-19 atau sihat tidak wajib memakainya, meskipun berada di tempat awam.
"Semua nasihat menunjukkan penutup mulut dan hidung sepatutnya dipakai oleh petugas paling hadapan atau bergejala seperti batuk atau selesema.
"Bagi mereka yang sihat, tidak diwajibkan memakainya sehingga menjejaskan bekalan, khususnya mereka yang memerlukan alat perlindungan diri berkenaan," katanya di akaun Twitter, di sini, pada Selasa.
Sebelum ini, Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan akan cuba mendapatkan bekalan 10 juta penutup hidung dan muka dari China susulan kekurangan bekalan produk itu di pasaran tempatan.
BACA: Pemberian penutup mulut dan hidung percuma, terserah kepada MKN - Nanta
BACA: COVID-19: Kerajaan bawa masuk 10 juta topeng muka dari China untuk 'barisan hadapan' - Menteri Kanan
#Annuar Musa #bekalan terjejas #China #COVID19 #face mask #Fadillah Yusof #koronavirus #pakai jika ada simptom #penutup hidung dan mulut #tidak perlu pakai