COVID-19: Tiga kematian direkod, tiada BID

Astro Awani
Mei 4, 2022 22:40 MYT
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,567 orang. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Angka kematian akibat jangkitan COVID-19 terus mencatatkan penurunan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan hanya tiga kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,567 orang, daripada 4.4 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiada kematian berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, terdapat 28,777 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 27,361 individu atau 95.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 14 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 1,328 kes dirawat di hospital dan 74 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 33 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 41 lagi memerlukan mesin ventilator.
#COVID-19 #kes kematian #COVIDNOW #bid