KUALA LUMPUR: Tiga kluster baharu dikenal pasti pada Ahad yang masing-masing melibatkan satu kluster tempat kerja, komuniti dan pusat tahanan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan menjelaskan, tiga kluster itu ialah Kluster Ladang Sungai Pelek, iaitu kluster tempat kerja melibatkan daerah Sepang di Selangor; Kluster Patek (komuniti) (Kota Bharu dan Machang di Kelantan) serta Kluster Pagar Bukit Chagar (pusat tahanan) (Johor Bahru).

Ini lima perkara penting kenyataan media KKM pada Ahad;

1. Sebanyak 1,302 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 341,944.

2. Sarawak mencatat angka tertinggi dengan 426 kes jangkitan diikuti oleh Selangor dengan 256 dan Pulau Pinang sebanyak 212 kes.

3. Seramai 1,127 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 326,309 kes.

4. Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan empat kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,255.

5. Seramai 169 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 76 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.