COVID-19: Tujuh kematian baharu direkod, dua BID

Astro Awani
Mei 7, 2022 00:00 MYT
Angka korban terbaharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 35,576 orang. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tujuh kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Angka korban terbaharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 35,576 orang, daripada 4.4 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, dua daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, terdapat 26,099 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 24,978 individu atau 95.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 19 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 1,026 kes dirawat di hospital dan 76 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 37 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 39 lagi memerlukan mesin ventilator.
#COVID-19 #kes kematian #COVIDNOW #bid