COVID-19: Tumpuan utama kenyataan media KKM pada 17 Dis

Raja Hisyam Raja Zaid
Disember 17, 2020 11:06 MYT
Sehingga kini jumlah kumulatif keseluruhan jangkitan COVID-19 di Malaysia adalah 89,133 kes. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Sebanyak 1,220 kes baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan pertambahan tiga lagi kes kematian baharu.
Berikut merupakan tumpuan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Khamis:
1. Sebanyak 1,220 kes baharu dilaporkan, keseluruhan kes kini 89,133 kes.
2. Tiga lagi kes kematian baharu direkodkan, kes kumulatif kematian kini 432 kes.
3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan mencecah 14,671 kes.
4. 106 kes positif sedang dirawat di ICU, 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.
5. KKM kesan tiga lagi kluster baharu.
Ikuti perkembangan terkini COVID-19 di sini
#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #ICU #KKM #Media #Putrajaya #kesihatan #COVID-19 #kes positif