Rang Undang-undang COVID-19 (Langkah Sementara) yang dirancang kerajaan untuk diperkenalkan tidak lama lagi, akan hampir sama dengan yang dilaksanakan dan diumumkan di negara seperti New Zealand dan Singapura, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
"Undang-undang baharu ini akan dibincangkan di Kabinet dan akan dibawa ke Parlimen tidak lama lagi.
"Ini adalah langkah pelepasan sementara yang bertujuan membantu rakyat Malaysia," katanya dalam program 'Money Matters' terbitan TV3 pada Sabtu.
Mengulas mengenai kemungkinan untuk melanjutkan moratorium pinjaman yang berakhir 30 Sept ini, beliau menasihatkan bank dan pelanggan untuk berbincang antara satu sama lain.
Sebagai bekas ketua pegawai eksekutif bank, beliau sedia maklum mengenai cabaran yang dihadapi oleh bank, namun turut sedar bahawa rakyat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berdepan masalah tersendiri seperti gangguan aliran tunai dan pengangguran.
"Saya berpendapat adalah penting untuk bank melihat segmen masyarakat dan PKS yang masih memerlukan sokongan dan membantu menstrukturkan semula pinjaman mereka. Mereka perlu memberi bantuan sebanyak mungkin kepada kumpulan ini," katanya.
Tengku Zafrul menegaskan bahawa Malaysia tidak mengalami krisis kewangan pada masa ini berikutan bank-bank adalah lebih kukuh berbanding situasi yang dihadapi semasa krisis kewangan 2008-2009, khususnya dengan penampan modal yang tinggi berjumlah RM121 bilion.
Sementara itu, beliau berkata antara sektor yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 adalah industri pelancongan yang menjadi sektor pertama menerima impak itu dan dijangka yang terakhir untuk pulih.
Beliau berkata pelancongan domestik merupakan kunci kepada pemulihan jangka pendek industri berikutan Malaysia belum membuka sempadannya.
Tengku Zafrul turut menggesa operator pelancongan agar mematuhi prosedur operasi standard yang ketat untuk mengembalikan keyakinan pengunjung dan sektor pelancongan domestik dapat dirancakkan kembali.
Mengenai industri penerbangan dan sama ada kerajaan akan menyelamatkan syarikat penerbangan dalam keadaan yang mencabar ini, beliau berkata adalah penting untuk syarikat penerbangan mencari penyelesaian komersial.
"Saya tidak yakin (dengan cara) menyelamatkan pemegang saham, dan tiada satu pihak pun dalam kalangan mereka yang minta untuk diselamatkan. Kita mungkin mencari jalan untuk membantu syarikat supaya mereka boleh kekal bertahan dan pekerjaan dapat diteruskan.
"Setakat ini, tiada permintaan daripada mana-mana syarikat penerbangan untuk kerajaan memberikan suntikan pembiayaan langsung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 04 2020
Tengku Zafrul menegaskan, Malaysia tidak mengalami krisis kewangan pada masa ini berikutan bank-bank adalah lebih kukuh berbanding situasi yang dihadapi semasa krisis kewangan 2008-2009. - Gambar fail
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB
Pertumbuhan pinjaman terus menjadi menyederhana pada Julai 2023 kepada 4.2% dari tahun ke tahun.
6 bank Itali jadi mangsa serangan siber
Enam bank utama Itali mendakwa menjadi mangsa serangan siber kumpulan penggodam pro-Rusia dikenali NoName057(16), lapor Sputnik memetik media Itali pada Selasa.
Bank tingkatkan ciri-ciri keselamatan bagi perangi penipuan, scam
Institusi perbankan di Malaysia akan terus menyesuaikan dan menambah baik ciri-ciri keselamatan mereka, selaras dengan lima langkah utama Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi penipuan kewangan.
Peminjam perlu hubungi bank bincang pilihan bayaran balik kewangan
ABM sedia bantu peminjam perniagaan kecil yang hadapi kesukaran membayar balik hutang disebabkan peningkatan kos pinjaman berikutan kenaikan OPR.