MALAYSIA catat 424,936 dos pemberian vaksin pada Isnin.

Jumlah ini menyaksikan angka vaksinasi harian kembali kepada lebih 400,000 dos sehari. 

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), sebanyak 282,106 dos pertama dan 142,830 dos kedua diberikan pada 19 Julai.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin setakat ini di seluruh negara ialah 14.7 juta.

Ia membabitkan 4.67 juta atau 14.3 peratus populasi sudah lengkap suntikan dua dos vaksin.




Manakala bagi dos pertama, 10.09 juta atau 30.9 peratus populasi sudah disuntik.

Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur catat negeri tertinggi jumlah penerima suntikan vaksin iaitu sebanyak 4.01 juta untuk dos pertama dan 1.2 juta untuk dos kedua.