VARIAN baharu COVID-19, varian Delta dijangka merangkumi 90 peratus kes COVID-19 di negara blok Kesatuan Eropah (EU).

Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Eropah (ECDC) mendesak agar negara anggotanya meneruskan program vaksinasi.

Walaupun sebelum ini varian Alpha pertama kali dilaporkan di United Kingdom, keadaan itu kini berubah.

Jelas ECDC, varian Delta dijangka menular secara meluas pada musim panas terutama kepada generasi muda yang belum menerima suntikan vaksin.

ECDC menjangkakan peratusan tinggi kes membabitkan varian Delta akan menjadi dominan di Eropah menjelang akhir Ogos.

Beberapa negara di Eropah menyatakan kebimbangan varian Delta menular di negara masing-masing.

Ia termasuk Rusia, United Kingdom dan Portugal.

ECDC juga menyatakan varian Delta 40 hingga 60 peratus lebih mudah dijangkiti berbanding varian Alpha.

Jelasnya, ia boleh menjangkiti individu yang sudah menerima dos pertama vaksin.

Namun, penerima lengkap dua dos mendapat perlindungan yang tinggi.

ECDC juga memberi amaran agar pelonggaran sekatan dilakukan dengan berhati hati.