KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 yang melanda sejak hampir dua tahun lalu telah membuka mata ramai tentang besar dan pentingnya tanggungjawab yang digalas oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan memaklumkan, kerajaan telah merangka beberapa pakej rangsangan ekonomi dan Perkeso adalah antara beberapa agensi utama yang diberikan mandat besar untuk melaksanakannya.
“Saya berbangga kerana Perkeso, sebagai salah satu agensi utama di bawah KSM melaksanakan tanggungjawabnya membantu rakyat mendepani pandemik ini dengan begitu cemerlang.
“Baik melalui pelbagai insentif yang disediakan oleh kerajaan mahupun melalui program-programnya yang sedia ada.
“Saya yakin, melalui pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan termasuk yang dilaksanakan oleh Perkeso serta kadar vaksinasi yang tinggi, ekonomi negara akan kembali rancak.
“Harapan saya hanya satu iaitu untuk melihat tenaga kerja negara bangkit dan kembali membina kerjaya, kehidupan dan masa depan mereka,” ujarnya dalam kenyataan sempena ulang tahun Perkeso yang ke-50 pada Khamis.
BACA: Perkeso bayar pampasan lebih RM11.19 juta untuk pekerja positif COVID-19
Tambah Ahli Parlimen Tapah itu, adalah menjadi hasrat beliau untuk melihat Perkeso terus mengekalkan momentumnya dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan memperluaskan jaringan keselamatan sosial yang diberikan agar satu hari nanti, impian Bapa Pembangunan Negara akan terlaksana.
“Kepada semua warga Perkeso di seluruh negara, tahniah dan terima kasih atas komitmen dan dedikasi anda untuk dalam melindungi Malaysia dan rakyatnya selama ini.
“Kepada para majikan dan pekerja baik daripada apa jua sektor yang masih belum mencarum, daftar dan carumlah dengan segera.
“Hadiahkan ketenangan dan keyakinan kepada diri bahawa setiap sesen caruman yang dilaburkan, adalah untuk melindungi diri, pekerja dan yang tersayang. Selamat menyambut Ulang Tahun Jubli Emas kepada Perkeso,” katanya lagi.
Faris Danial Razi
Thu Sep 30 2021
Saravanan berbangga kerana Perkeso, sebagai salah satu agensi utama di bawah KSM melaksanakan tanggungjawabnya membantu rakyat mendepani pandemik ini dengan begitu cemerlang. - BERNAMA
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.