COVID-19: Zahid Hamidi disahkan negatif, Najib Razak masih menunggu keputusan

Firdaus Azil
September 27, 2020 05:19 MYT
Ahmad Zahid Hamidi perlu menjalani kuarantin wajib susulan dikenal pasti antara kontak rapat kepada dua pemimpin kanan UMNO yang positif COVID-19 sebelum ini. - Gambar Twitter AHMAD ZAHID HAMIDI
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meluahkan kelegaan selepas disahkan negatif daripada wabak COVID-19 dalam ujian kali kedua dilakukannya.
Perkara itu dikongsikan beliau sendiri di laman Twitternya.

Saya sedang dikuarantin di rumah. Pagi ini saya didatangi sekali lagi oleh 2 orang pegawai KKM secara mengejut. Ujian rapid test kit antibody D13 telah dilakukan. Keputusannya akan diperolehi sebentar lagi. pic.twitter.com/ZZTpnkWavd

— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) September 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Test telah selesai. Keputusannya negatif. Alhamdulillah.... pic.twitter.com/9FHWyPFenk

— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) September 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Presiden UMNO itu sebelum ini dilaporkan perlu menjalani kuarantin wajib susulan dikenal pasti antara kontak rapat kepada dua pemimpin kanan UMNO yang telah pun disahkan dijangkiti COVID-19 iaitu Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Razlan Rafii.
Selain itu, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), Pitas Sufian Abdul Karim turut disahkan positif COVID-19 semalam.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi di laman Instagramnya bahawa beliau turut diwajibkan menjalani ujian COVID-19.
Sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan aktiviti saringan akan dijalankan kepada semua individu yang baru tiba dari Sabah di semua Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa).
Tempoh pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan COVID-19 ke atas individu yang baru pulang dari Sabah akan disemak dari semasa ke semasa, berdasarkan penilaian risiko penularan jangkitan pada masa tersebut dan maklumat mengenai sebarang perubahan berkaitannya akan dimaklumkan kepada umum.
#Najib Razak #Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #UMNO #Barisan Nasional #Twitter #Instagram #KKM #presiden #kesihatan #majlis tertinggi #rumah #koronavirus #Zahid Hamidi