SEREMBAN: Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 1,012 kes kematian akibat COVID-19 bagi tempoh Mac 2020 hingga 31 Ogos lepas, demikian sidang Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata jumlah itu membabitkan pelbagai peringkat umur antara 11 sehingga lebih 100 tahun.
"Seremban mencatatkan angka tertinggi iaitu seramai 665 individu, Port Dickson (100), Jempol (65), Tampin (54), Kuala Pilah (54), Rembau (46) dan Jelebu (28).
"Kerajaan negeri telah menyumbangkan RM1,000 kepada waris keluarga yang meninggal dunia bagi meringankan beban mereka, membabitkan peruntukan sebanyak RM116,000 setakat Julai lepas," katanya menjawab soalan Chew Seh Yong (PH-Lobak) yang ingin tahu jumlah kematian akibat COVID-19 di negeri ini.
Dalam pada itu, menjawab soalan Yap Yew Weng (PH-Mambau) mengenai perkembangan lantikan hospital dan klinik swasta sebagai pusat pemberian vaksin (PPV), Veerapan berkata sebanyak 81 fasiliti kesihatan di beberapa daerah termasuk Seremban sedang beroperasi sebagai PPV setakat 31 Ogos lepas.
DEWAN-N.SEMBILAN (KEMATIAN) 2 (AKHIR) SEREMBAN
Beliau berkata sebanyak 157,052 dos vaksin COVID-19 telah dibekalkan kepada hospital swasta, 68,379 dos (klinik swasta) dan 10,066 (Ambulatory Care Center) bagi tempoh berkenaan.
Dalam perkembangan lain, ADUN Repah itu berkata seramai 84 pesakit mental telah didiagnos di klinik-klinik kesihatan di negeri ini, antara lain membabitkan masalah kemurungan, skizofrenia dan kegelisahan, bagi tempoh Januari 2020 hingga Jun 2021.
Selain itu, beliau berkata sebanyak 25 kes bunuh diri direkodkan di negeri ini bagi tempoh Januari tahun ini hingga Julai lepas melibatkan pelbagai faktor seperti masalah kewangan, tekanan perasaan dan salah guna dadah.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mustapha Nagoor (BN-Palong) yang ingin tahu jumlah pesakit mental dan kes bunuh diri yang direkodkan di Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 08 2021
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata jumlah itu membabitkan pelbagai peringkat umur antara 11 sehingga lebih 100 tahun. - Foto BERNAMA
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rumah terbuka Aidilfitri meriah, erat hubungan kaum
Kemeriahan sambutan Aidilfitri hari ini bukan hanya dirasai umat Islam di negara ini malah turut diraikan masyarakat berbilang kaum menerusi penganjuran rumah terbuka.
KL, Negeri Sembilan catat peningkatan pembaziran makanan pada Ramadan 2023
Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan direkodkaan sebagai dua negeri yang mencatatkan peningkatan pembaziran makanan pada bulan Ramadan tahun lalu.
Aminuddin nafi campur tangan tamatkan kontrak Zaquan Adha
Menteri Besar Negeri Sembilan menafikan masuk campur tangan dalam keputusan menamatkan kontrak bekas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak.
Zakat fitrah Negeri Sembilan RM7, RM12.50, RM22
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7, RM12.50 dan RM22 pada tahun ini.
Negeri Sembilan capai sasaran, catat pelaburan RM10.1 bilion tahun lepas - Aminuddin
Berdasarkan rekod kelulusan MIDA, pelaburan pada 2023 menunjukkan lonjakan 13 peratus berbanding RM8.9 bilion pada tahun sebelumnya.
Beberapa enakmen berkaitan agama Islam di Negeri Sembilan akan dipinda - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bertitah beberapa enakmen berkaitan agama Islam di negeri ini akan dipinda.
Negeri Sembilan setuju terima geran RM500,000 daripada KBS
Negeri Sembilan bersetuju menerima geran berjumlah RM500,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menaik taraf sistem perparitan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Songket 'bunga lado' serlah identiti Negeri Sembilan
Setelah 26 tahun, songket Negeri Sembilan akan dihidupkan semula dengan bermotifkan 'Bunga Lado' yang merupakan antara sembilan identiti di negeri ini.
N. Sembilan akan rujuk ketetapan jawatankuasa khas dalam perkasa undang-undang syariah - MB
Setakat ini, tiada keperluan mewujudkan jawatankuasa di peringkat negeri bagi membincangkan perkara berkenaan.
PPNNS optimis Negeri Sembilan kekal jadi negeri sifar miskin tegar tahun ini
PPNNS optimis Negeri Sembilan kekal menjadi negeri sifar miskin tegar pada tahun ini meskipun terdapat 120 KIR dikenal pasti kembali ke kelompok itu setakat ini.