KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,278 lagi kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini mencecah 4,454,113.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNow, hanya tiga kes import dilaporkan pada Khamis, manakala kes selebihnya adalah penularan tempatan.

Sementara itu, dua kes kematian baharu direkodkan akibat COVID-19 setakat tengah malam Khamis.

Daripada jumlah tersebut, tiada kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dilaporkan.

Ini menjadikan angka keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini menjadi 35,569 orang daripada 4.4 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Dalam pada itu, terdapat 27,454 kes aktif COVID-19 di seluruh negara melibatkan seramai 26,407

individu dikuarantin di rumah manakala 17 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Data KKM itu turut menunjukkan 964 kes dirawat di hospital dan 66 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).