KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara pada Isnin turun kepada 1,737 kes, berbanding 2,054 kes yang dilaporkan pada hari sebelumnya.

Menurut data di portal KKMNOW, empat kes kematian dicatat semalam, termasuk satu kes di luar fasiliti kesihatan, 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, kes aktif COVID-19 dalam negara semalam turut turun kepada 26,994 kes, berbanding 27,378 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.

Daripada jumlah itu 25,900 kes atau 95.9 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 1,042 pesakit mendapat rawatan di hospital.

33 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 19 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 2,118 kes sembuh.