KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Sabtu menunjukkan sedikit penurunan kepada 1,971 kes berbanding 1,990 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.803 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak tiga kes kematian dicatat semalam dan tiada kes berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 26,949 dan 95.2 peratus atau 25,648 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,224 kes dirawat di hospital dengan 69 kini ditempatkan di wad ICU di mana 49 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 2,389 kes sembuh.