KUALA LUMPUR: Hanya satu kematian akibat COVID-19 dilaporkan dengan tiada kes berlaku di luar hospital (BID) setakat tengah malam tadi.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,746 kes.

Sementara itu, kes baharu menurun lagi kepada 2,003 kes berbanding 2,417 semalam.

Daripada jumlah itu, tiga adalah kes import.

Manakala kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 28,151.

Sebanyak 27,025 individu atau 96.1 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 13 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Seramai 1,802 pesakit dirawat di hospital dengan 31 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).