COVID-19: 2,078 kes baharu, 10 kematian dicatat

Astro Awani
Ogos 22, 2022 23:15 MYT
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 37,696 dan 96 peratus atau 36,187 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Isnin menunjukkan sedikit penurunan kepada 2,078 kes berbanding 2,464 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.
Ini menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.759 juta kes sejak pandemik melanda negara.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak 10 kes kematian dicatat semalam dan tiga kes berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 37,696 dan 96 peratus atau 36,187 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Dilaporkan 1,409 kes dirawat di hospital dengan 69 kini ditempatkan di wad ICU di mana 39 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 3,290 kes sembuh.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #COVIDNOW