KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Sabtu menunjukkan sedikit penurunan kepada 2,244 kes berbanding 2,328 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.789 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak sembilan kes kematian dicatat semalam dan dua kes berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 30,197 dan 95.5 peratus atau 28,853 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,251 kes dirawat di hospital dengan 75 kini ditempatkan di wad ICU di mana 40 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 3,202 kes sembuh.