KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,356 kes baharu direkodkan pada Khamis dengan lima daripadanya merupakan kes import.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak tersebut kepada 4,784,980.

Sementara itu, data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW turut merekodkan 9 kematian akibat COVID-19 direkodkan pada Khamis dengan tiga daripadanya membabitkan kematian di luar fasiliti hospital (BID).

Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian setakat ini bertambah kepada 36,225.

Pada masa sama, sejumlah 31,463 kes aktif direkodkan pada Khamis dengan dengan 30,084 daripadanya atau 95.6 peratus merupakan pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sejumlah 1,285 lagi kes menerima rawatan di hospital dengan 28 kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan manakala 46 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

Baki 20 kes lagi pesakit COVID-19 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Selain itu, negara turut merekodkan sebanyak 1,875 kes pesakit sembuh menjadikan kes pulih keseluruhan di negara ini adalah sebanyak 4,717,292 kes.