KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 pada Sabtu menunjukkan penurunan.

Data di portal KKMNOW mendedahkan, kes jangkitan semalam sebanyak 2,898 kes berbanding 3,024 kes yang dicatatkan hari sebelumnya.

Empat kes kematian direkodkan akibat pandemik berkenaan dan tiada kes yang berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, 27,008 kes aktif dicatatkan pada Sabtu dan daripada jumlah itu 24,924 kes atau 92.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

14 pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).

Manakala, 1,973 pesakit mendapat rawatan di hospital.

97 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 57 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 2,789 kes sembuh.