KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 pada Rabu terus catat peningkatan.

Data di portal KKMNOW mendedahkan, kes jangkitan semalam sebanyak 3,457 berbanding 3,304 kes yang dicatatkan hari sebelumnya.

Sembilan kes kematian direkodkan akibat pandemik berkenaan.

Tiada kes yang berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, 27,877 kes aktif dicatatkan pada khamis.

Daripada jumlah itu 25,818 kes atau 92.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).

Manakala, 1,970 pesakit mendapat rawatan di hospital.

89 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 46 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 3,736 kes sembuh.