KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus menunjukkan trend penurunan dan kekal berada di bawah 500 kes.

Semalam, jumlah kes turun ke 360 kes, berbanding 420 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.

Portal KKMNOW turut memaklumkan satu kematian dilapor berkaitan dengan COVID-19.

Sementara itu, kes aktif pada Isnin juga turun ke 11,807 kes dan daripada jumlah itu, 11,197 kes atau 94.8 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 580 pesakit mendapat rawatan di hospital.

30 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 16 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 423 kes sembuh.