KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada jumaat menurun ke 3,927 berbanding 4,413 pada hari sebelumnya.

Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.687 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, enam kes kematian dicatatkan dengan tiga daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 46,506.

96.4 peratus atau 44,843 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,587 kes dirawat di hospital dengan 52 kini ditempatkan di wad ICU.

38 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 4,949 kes sembuh.