COVID-19: 44 kematian baharu direkod, 8 BID

Sebanyak 4,521 kes dirawat di hospital dan 267 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 44 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Angka korban terbaharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 34,983 orang, daripada 4.17 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 8 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, terdapat 206,854 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 201,420 individu atau 97.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 646 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 4,521 kes dirawat di hospital dan 267 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 103 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 164 lagi memerlukan mesin ventilator.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

