KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Khamis menunjukkan penurunan sedikit dengan 4,831 kes dilaporkan berbanding 4,896 pada hari sebelumnya.

Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.724 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 10 kes kematian dicatatkan semalam.

Daripada jumlah itu, dua kes berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 46,081.

96.4 peratus atau 44,404 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,584 kes dirawat di hospital dengan 60 kini ditempatkan di wad ICU.

40 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 3,362 kes sembuh.