KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 49 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,535 daripada 2,523 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 14 daripada 49 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 63,827 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 49,714 individu atau 77.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 7,945 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 5,630 kes dirawat di hospital dan 538 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 264 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 274 lagi memerlukan mesin ventilator.