COVID-19: 5,058 kes baharu hari ini, 41 lagi kematian

Astro Awani
Disember 10, 2021 12:36 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini adalah 2,683,523. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu harian COVID-19 yang dilaporkan pada Jumaat menurun sedikit, apabila sebanyak 5,058 kes lagi dicatatkan dalam tempoh 24 jam yang lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini adalah 2,683,523 kes.
Jumlah kes mengikut negeri akan dikongsi di portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) COVIDNOW.

Pada 10 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,058 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melaporkan 41 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, enam daripada 41 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,787 orang, daripada 2.67 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Dalam pada itu Unit rawatan rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 393 pesakit dan daripada jumlah itu, 212 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 4,997 kes sekaligus angka kumulatif sembuh ialah 2,591,819.
Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.4 peratus.
Manakala selebihnya, 1.6 peratus atau bersamaan 80 kes adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #KKM