KUALA LUMPUR : Negara mencatat 5,162 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Ahad, sedikit menurun berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan penambahan kes baharu itu, jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini mencapai 2,546,309 kes.


Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 55 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 29,631 individu.

Jumlah itu juga termasuk 11 kes 'brought in dead' (BID) atau kes kematian di luar hospital.

Sementara itu, unit rawatan rapi (ICU) setakat ini pula menempatkan seramai 524 pesakit dan daripada jumlah itu, 265 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak  5,019 kes sekali gus menjadikan angka kumulatif sembuh ialah 2,451,216 .

Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu bagaimanapun hanya melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.0 peratus.

Manakala selebihnya, 2.0 peratus atau bersamaan 104 kes adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5.